Saturday, April 10, 2010

Ambil Perhatian!!! Ketahui apa itu Illuminati


Assalamualaikum.

Pernahkah anda mendengar mengenai illuminati? Satu gerakan di bawah agama yahudi yang pada hari ini menguasai setiap apa yang ada di sisi kita. Menurut kajian dan pelbagai video yang dihasilkan, ramai pemimpin dunia, artis terkenal mahupun arkitek ternama mempunyai kaitan dengan gerakan ini.

Mengapa kita perlu sibuk-sibuk akan isu ini? Kerana ia ada kaitan dengan agama kita.

Bagaimana? Baiklah, kita lihat matlamat gerakan ini. Ia mempunyai matlamat mengubah dunia atau sering dilabel sebagai ‘new world order’. Dengan menggunakan pendekatan mengawal pemikiran manusia atau ‘mind control’, mereka berhasrat dapat mengubah dunia lantas menakluk dunia.

Mereka percaya tentera atau senjata tidak diperlukan dalam menakluk manusia dan dunia. Benar, penaklukan pemikiran jauh lebih merbahaya daripada penaklukan secara fizikal. Walaupun hari ini kita kalah dalam peperangan fizikal melihatkan negara, ekonomi dan pelbagai lagi terkorban.

Mari kita lihat apakah kejayaan gerakan ini sehingga hari ini. Ini boleh dikesan melalui bertebarnya symbol-simbol dan tanda-tanda illuminati. Terlalu banyak symbol dan tanda mereka, anda mungkin berminat untuk ‘google’ sendiri. Antaranya ialah ‘all seeing eye’, cara individu bersalaman, tanda ‘V’ dan pelbagai lagi.

Lalu kita boleh lihat dengan jelas, kejayaan mereka hari ini. Jika anda pernah membaca artikel atau menontot tayangan berkenaan pendedahan gerakan ini, anda akan dapati pemimpin seperti George W Bush dan Barrack Obama dibayangi oleh gerakan ini. Dalam bidang hiburan pula, anda mungkin tahu bahawa Rihanna, Christina Aguilera dan Madonna adalah antara mereka yang memainkan peranan penting dalam menjayakan misi illuminati. Dan yang terbaru Lady Gaga yang digelar sebagai ‘puppet of illuminati’. Jangan terkejut jika gerakan ini sudah kelihatan di Malaysia. Saya pasti anda tahu mengenai unsur-unsur illuminati dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini yang didedahkan oleh seorang pelajar Malaysia di Jordan.

Baiklah, persoalan yang hendak ditimbulkan ialah bagaimanakah respon kita dalam isu ini? Penulis pasti anda jauh lebih hebat dalam memberi respon, namun di sini penulis sekadar ingin berkongsi. Percayalah sahabat, bahawa di luar sana masih ramai yang tak tahu atau tahu tapi buat-buat tak tahu. Jadi, ini tanggungjawab kita.

Pertama, ayuh kita tingkatkan kesedaran masyarakat akan isu ini. Bukan sekadar memberitahu namun menggerakkan mahu dan mampu melawan arus gerakan ini. Ini boleh dilakukan di peringkat kampus (khususnya kita sebagai mahasiswa) melalui pelbagai medium, peluang dan kreativiti.

Kedua, kita wajib menolak hiburan-hiburan yang melalaikan. Dengan terbuktinya pengaruh gerakan ini wujud dalam hiburan popular masa kini, ia merupakan sebab tambahan mengapa kita wajib menolak hiburan-hiburan yang melalaikan. Dan hakikatnya harus diingat, hukum hiburan dalam islam itu harus selagi mana ia tidak melanggar hukum-hukum syarak seperti lirik yang memesongkan akidah, ketidakprihatinan dalam menjaga akhlak islamiyah (aurat, pergaulan) atau muzik itu sendiri.

Ketiga, kita wajar sentiasa meng’update’ diri kita dengan perubahan semasa. Namun syaratnya ialah kaji dahulu apa-apa yang diterima, bukan menerima bulat-bulat apa yang kita perolehi.

Akhirnya, ayuh kita bangkit wahai sahabat sekalian, semoga lebih ramai tahu, mahu dan mampu berbuat sesuatu akan isu ini. Sekian, wallahuaalam.

1 comments:

Anonymous said...

bukti illuminati sedang mempersiap perang besar

http://drnoproblem.blogspot.com/2010/09/bukti-illuminati-mempersiap-perang_22.html#comments

Post a Comment