0

hatimu tak sesempurna hatiku,hatiku tak seseindah hatimu..


Pernah dengar sebuah kisah tentang hati yang indah? Kisah ni simple, tapi ade maknenye. Kisahnye begini…

Tersebutlah kisah, pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan dan menyatakan bahwa dialah pemilik hati yang terindah yang ada di kota itu. Ramai orang kemudian berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar, hati pemuda itu memang benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau goresan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.

Tiba-tiba, seorang lelaki tua keluar dari kerumunan, tampil ke depan dan berkata,

“Mengapa hatimu masih belum seindah hatiku?”

Semua orang dan pemuda itu melihat pada hati pak tua itu. Hati pak tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ. Namun tidak benar-benar tepat pada posisi asalnya dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata.

Bahkan, ada bagian-bagian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali. Semua orang termasuk pemuda tadi itu tercengang dan hairan, bagaimana mungkin pak tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah?

Pemuda itu melihat kepada pak tua itu, memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa.

“Anda pasti bergurau, pak tua,” katanya.

“Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan carikan,” katanya lagi.

“Ya,” kata pak tua itu. Sambungnya lagi,

“Hatimu kelihatan sangat sempurna meskipun begitu aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku menyobek sebagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan sesobek hati mereka untuk menutup kembali sobekan yang kuberikan. Namun karena setiap sobekan itu tidaklah sama, ada bagian-bagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami berikan.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Hal itulah yang meninggalkan lubang-lubang sobekan – memberikan cinta kasih adalah suatu kesempatan. Meskipun bekas cabikan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, hal itu mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu.

Sekarang, tahukah engkau keindahan hati yang sesungguhnya itu?” soal pak tua itu.

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah pak tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, dan merobeknya sepotong. Pemuda itu memberikan robekan hatinya kepada pak tua dengan tangan-tangan yang gemetar.

Pak tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sesobek dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Sobekan itu diisi, tetapi tidak sempurna, kerana ada sisi-sisi yang tidak sama rata.

Pemuda itu melihat kedalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari pak tua itu telah mengalir ke dalamnya.

0

Shalla 'alaih wasallem tasleema

video

0

MUKTAZILAH


1.0 Sejarah Aliran Muktazilah

Aliran Muktazilah lahir lebih kurang pada permulaan abad pertama Hijrah di Kota Basrah (Negara Iraq) merupakan sebuah pusat ilmu dan peradaban pada waktu itu. Baghdad merupakan tempat pertemuan pelbagai kebudayaan asing serta berbagai-bagai agama. Pada waktu itu kebanyakkannya ingin menjatuhkan agama Islam dari segi akidah sebagai umat Islam. Sejak jajahan Islam tersebar luas, pelbagai bangsa-bangsa yang memeluk Islam dan hidup berpegangkan prinsip Islam. (A. Hanafi, 2003)

Oleh yang demikian, tidak semua yang memeluk agama Islam dengan jujur dan ikhlas. Ketidakikhlasan mereka ini bermula sejak zaman pemerintahan Khalifah Umawi, disebabkan khalifah-khalifah Umawi memonopolikan segala kekuasaan Negara kepada orang-orang Islam dan bangsa Arab. Hal ini menimbulkan kebencian terhadap bangsa Arab dan timbul keinginan tinggi hendak menjatuhkan Islam. Hal ini disebabkan Islam menjadi sumber kekuatan dan kejayaan mereka dari segi fizikal dan mental.

Terdapat golongan musuh Islam yang ingin menjatuhkan Islam, antaranya golongan Rafidah iaitu golongan Syiah yang ekstrim yang memasukkan unsur-unsur kepercayaan yang sama sekali jauh dari ajaran Islam. Golongan lain yang memusuhi Islam dari dalam juga adalah golongan Tasawuf. Hulul yang mempercayai bertempatnya Tuhan pada manusia. Aliran muktazilah menjawab bahawa Tuhan tidak mungkin mengambil tempat apapun jua. Dalam keadaan demikian muncullah aliran Muktazilah yang kemudian berkembang dengan pesatnya serta mempunyai method dan fahaman mereka sendiri. (A. Hanafi, 2003)

2.0 Asal Usul Sebutan Muktazilah

Terdapat tiga riwayat tentang asal-usul sebutan Muktazilah. Antaranya ialah disebut Muktazilah kerana Wasil bin Ata’ dan Amr bin Ubaid menjauhkan diri (I’tazala) dari pengajian Hasan Basri di masjid Basrah, kemudian membentuk pengajian sendiri sebagai kelanjutan pendapat Wasil bin Ata’ bahawa orang yang melakukan dosa besar bukan mukmin yang lengkap dan bukan juga kafir yang lengkap melainkan berada dalam suatu tempat tersebut. Oleh penjauhan ini, maka disebut “orang Muktazilah” iaitu orang yang menjauhkan diri atau memisahkan diri. (A. Hanafi, 2003)

Menurut riwayat lain, disebut Muktazilah kerana mereka menjauhkan (menyalahi) semua pendapat yang telah ada tentang orang yang mengerjakan dosa besar. Golongan Murjiah mengatakan bahawa pembuat dosa besar masih termasuk orang mukmin. Menurut golongan Khawarij Azariqah, ia menjadi kafir. Sedangkan menurut Hasan Basri ia menjadi munafik. Datanglah Wasil bin Ata’ untuk mengatakan bahawa pembuat dosa besar bukan mukmin dan bukan pula kafir, melainkan fasik. Menurut riwayat ini, sebab penyebutan adalah maknawiyah iaitu menyalahi pendapat orang lain, sedangkan menurut riwayat pertama sebab penyebutan adalah lahiriah iaitu pemisahan fizikal.

Disebut Muktazilah kerana pendapat mereka menjauhkan diri dari golongan orang-orang mukmin dan juga golongan orang-orang kafir. Perbezaan riwayat ini dengan riwayat-rawayat yang lain ialah jika menurut riwayat kedua ke Muktazilahan menjadi nama (sifat) golongan itu sendiri kerana mereka ingin mencetuskan pendapat baru yang menyalahi orang yang sebelumnya sedangkan menurut riwayat ini ke Muktazilahan menjadi sifat kepada pembuat dosa besar itu sendiri kemudian menjadi sifat golongan yang berpendapat demikian iaitu dosa besar menyediri dari orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. (A. Hanafi, 2003)

Daripada riwayat-riwayat ini dapatlah disimpulkan bahawa peristiwa timbul aliran Muktazilah ialah sekitar zaman Hasan Basri dan kedua-dua muridnya iaitu Wasil bin Ata’ dan Amr bin Ubaid. Selain itu aliran Muktazilah juga timbul kerana persoalan agama semata-mata.

3.0 Sebutan Lain Bagi Aliran Muktazilah

Asal-usul sebutan Muktazilah itu namun aliran Muktazilah sendiri sebenarnya tidak menyukai sebutan itu kerana sebutan itu boleh disalah tafsirkan oleh musuh-musuh aliran ini untuk tujuan ejekan. Selepas menyedari sebutan tersebut telah melekat pada aliran Muktazilah dan tidak ada jalan untuk menghindarnya maka mereka mulai mengemukakan alasan-alasan kebaikan sebutan itu. Menurut Ahmad bin Al-Murtadha dalam bukunya Al-Munayatul Wal Amal mengatakan bahawa aliran Muktazilah itu sendiri yang memberikan sebutan tersebut ke atas dirinya dan mereka tidak menyalahi Ijmak bahkan mereka memakai apa yang telah diijmakan pada masa pertama Islam. Jika mereka menyalahi sesuatu maka pendapat-pendapat yang baru dan bid’ah itulah mereka akan jauhi. (A. Hanafi, 2003)

Hal ini menunjukkan bahawa Ahmad bin al-Murtadha hendak menjelaskan bahawa penyingkiran mereka dari bid’ah itu menjadi sebab yang sebenarnya mengapa mereka disebut Muktazilah. Kemudian sebutan-sebutan itu diberi sandaran-sandaran dari ayat al-Quran. Firman Allah :

واصبر على ما يقولون واهجرهم هجرا جميلا (10)

“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik”.

(al-Muzammil 73:10)

Sesungguhnya pembelaan aliran Muktazilah terhadap kebaikan sebutan Muktazilah tidak lain hanyalah menutup kelemahan yang dirasakan mereka, sebagai akibat dari sebutan itu digunakan untuk menghalang lawan-lawan mereka agar tidak menyalahgunakan sebutan itu untuk maksud-maksud yang tidak disenangi oleh mereka.

Sebutan yang lebih disukai oleh aliran Muktazilah sendiri ialah “alul Adil Wat Tauhid” iaitu golongan keadilan dan ketauhidan. Sebutan ini diambil dari dua prinsip dari lima prinsip yang menjadi dasar semua ajarandan kepercayaan aliran Muktazilah. Dua prinsip itu ialah keadilan Tuhan dan keesaan-Nya.

Dalam pada itu, ada sebutan lain “al-Mu’attilah” yang diberikan oleh golongan Ahli Sunnah kepada aliran Muktazilah sebagai ejekan. Mula-mula sebutan itu diberikan kepada aliran Jahmiah kerana Jaham bin Safwan mengosongkan Tuhan dari sifat-sifatNya kerana sifat-sifat Tuhan diambil dari aliran Muktazilah mereka juga disebut sebagai Mua’tillah. Dalam buku-buku karangan Ibnu Qayyim juga digunakan perkataan Mua’tillah yang ditujukan kepada aliran Muktazilah.

Berdasarkan keterangan tersebut dapatlah dikatakan bahawa sebutan yang biasa dipakai untuk aliran Muktazilah ada dua iaitu Ahlul Adil Wat Tauhid yang merupakan sebutan yang disukai oleh mereka dan sebutan Muktazilah yang meskipun yang mula-mula diberikan oleh lawan mereka namun akhirnya terpaksa diterima oleh mereka dan ditafsirkan agar sesuai dengan pendirian mereka sendiri.

4.0 Kumpulan dalam Aliran Muktazilah

4.1 Kumpulan al-Wasiliah

Mereka adalah pengikut abu Huzaifah Wasil bin Ata’ al-Ghazzal al-Althagh. Beliau adalah anak murid Hasan al-Basri. Beliau mempelajari daripada Hasan al-Basri pelbagai ilmu dan hadith. Mereka hidup pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan dan Hisham bin Abdul Malik. Pengikut Wasil bin Ata’ dipanggil Wasiliah. Pegangan dalam aliran ini berpunca daripada empat asas. (Muhammad Ramzi Omar 2006)

4.2 Kumpulan al-Bashiriyyah

Mereka adalah pengikut Bishr bin al-Mut’tamir. Beliau termasuk dalam kalangan ulamak Muktazilah yang terbaik. Beliau mengasas melalui pandangan tentang konsep tawallud dan sangat fanatik. (Muhammad Ramzi Omar, 2006)

Beliau mendakwa bahawa bau, rasa, warna dan deria-deria lain berpunca daripada pendengaran. Penglihatan boleh lahir daripada perbuatan hamba jika sebab-sebab penglihatan itu daripada perbuatanya. Beliau mengambil pandangan ini daripada golongan ahli falsafah naturalis. Namun begitu, golongan ini tidak dapat membezakan antara yang dilahirkan atau diciptakan secara langsung dengan sifat kudrah. Mereka tidak mengisbatkan sifat kudrah menurut metodologi ulamak-ulamak kalam. Perbuatan dan penerimaan tindakbalas bukannya kudrah yang diistimbatkan oleh seorang ahli kalam.

Beliau mengatakan kemampuan adalah kesejahteraan struktur badan dan kesihatan anggota tubuh serta selamat dari segala yang merosakkan. Beliau berkata: “saya tidak mengatakan manusia melakukan perbuatan dengan kemampuan yang bermaksud kesejahteraan struktur badan dan tidak juga yang bermaksud kesihatan anggota tubuh tetapi saya mengatakan bahawa manusia melakukan perbuatan dan perbuatan itu tidak akan terjadi kecuali pada keadaan yang kedua iaitu kesihatan anggota tubuh serta kesan dari segala yang merosakkan”. (Muhammad Ramzi Omar, 2006)

4.3 Kumpulan al-Tsumamih

Mereka adalah pengikut Tsusamah bin al-Asyras al-Numairi. Tsumamah hidup di zaman al-Makmun dan mempunyai kedudukan di sisinya. Beliau antara seorang yang lemah agama dan jiwa kosong. Beliau berpendapat orang yang fasik kekal dalam neraka apabila mati dalam kefasikan dan belum sempat bertaubat. Semua hidupnya orang itu berada pada satu kedudukan di antara dua kedudukan. (Muhammad Ramzi Omar,2006).

Beliau juga mengatakan perbuatan-perbuatan yang berlaku secara tawallud (dilahirkan) tidak ada pembuatnya kerana tidak mungkin perbuatan itu dinisbahkan kepada yang membuat sebabnya sehinggakan orang yang mati pun boleh melakukan perbuatan itu. Antara contohnya iaitu apabila seseorang melakukan sesuatu sebab kemudian dia meninggal lalu kematiannya wujudlah sesuatu yang lahir dari sebab pembuatannya. Tidak mungkin yang lahir itu dinisbahkan kepada Allah kerana ia bereti Allah melakukan sesuatu yang buruk dan adalah mustahil. Oleh yang demikian, beliau kebingungan dalam mengatakan hal ini lalu mengatakan segala yang dilahirkan adalah akibat perbuatan-perbuatan yang tidak ada pembuatnya.

Beliau juga mengatakan manusia tidak ada perbuatan kecuali dengan iradah (kehendak). Selain kehendak, adalah perkara baru yang tidak ada yang mengadakannya. Ibnu al-Rawandi melaporkan bahawa beliau berkata ala mini adalah perbuatan Allah dan tabiatnya. Maksudnya seperti yang dimaksudkan oleh ahli-ahli falsafah yang mewajibkan adanya zat tetapi zat itu tidak berperanan mewujudkan berdasarkan tuntutan kehendak. Namun pandangan ini terjebak dengan akidah ahli falsafah yang mengatakan alam ini bersifat qadim kerana yang mewajibkan tidak bercerai-berai daripada yang diwajibkan. (Muhammad Ramzi Omar, 2006).

Antara lainnya iaitu pandangan beliau tentang orang kafir musyrikin, Majusi, Yahudi, Zindiq dan Dahri. Beliau mengatakan mereka akan mnjadi tanah pada hari akhirat. Itulah pandangan beliau tentang binatang-binatang, burung-burung dan kanak-kanak dalam kalangan orang mukmin.

4.5 Kumpulan al-Hisyamiyah

Mereka iaitu pengikut Hisham bin Amru al-Fuwathi yang fanatik terhadap al-Qadar lebih hebat dari sahabat-sahabatnya. Beliau melarang menyandarkan perbuatan kepada Allah walaupun ada disebutkan di dalam al-Quran. (Muhammad Ramzi Omar, 2006).

Antaranya beliau mengatakan sesungguhnya Allah tidak menjinakkan di antara hati orang-orang mukmin malah mereka itulah yang berjinak-jinak dengan pilihan mereka sendiri sedangkan dalam al-Quran ada disebutkan sebagaimana firman Allah :

والف بين قلوبهم لو أنفقت ما فى الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله الف بينهم انه ,عزيز حكيم (63)

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya mereka Maha gagah lagi Maha Bijaksana”. (al-Quran, al-Anfal 8:63)

Beliau juga terlalu ekstrem dalam menafikan pematerian hati, penguncian dan penutupannya sedangkan semua ini terdapat di dalam al-Quran. Firman-Nya :

ختم الله على قلوبهم وعلى ابصرهم غشوة ولهم عذاب عظيم (7)

“Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka , dan penglihatan mereka ditutup, dan bagi mereka seksa yang amat berat”. (al-Quran, surah al-Baqarah 2 : 7)

Al-Fuwati mengatakan bahawa tiap-tiap sesuatu tidak boleh dinamakan sesuatu hinggalah ia fana dan selepas ia tiada daripada wujud barulah dinamakan sesuatu. Berdasarkan pengertian ini beliau melarang daripada menyatakan Allah sejak dahulu sentiasa mengetahui tentang sesuatu sebelum adanya kerana ia tidak dinamakan sesuatu. Beliau mengharuskan pembunuhan mereka yang menyanggahi mazhabnya dan mengambil harta mereka secara rampasan atau curi kerana beliau beriktikad mereka ialah orang kafir dan darah serta harta mereka adalah halal. (Muhammad Ramzi Omar, 2006).

4.6 Kumpulan al-Jahiziah

Mereka adalah pengikut Amru bin Bahr Ali Uthman al-Jazhiz iaitu salah seorang kenamaan Muktazilah dan menjadi penulis. Beliau banyak membaca buku-buku falsafah, mencampurkan dan menghebahkan banyak artikel mereka dengan ungkapan-ungkapan yang menawan serta keindahan dan kefasihanya yang lunak. Beliau hidup semasa zaman al-Muktasim dan al-Muktazakil. (Muhammad Ramzi Omar, 2006).

Beliau mengatakan ilmu pengetahuan semuanya adalah perkara dharuri bagi tabiat. Tidak sedikitpun yang termasuk dalam perbuatan-perbuatan hamba. Hamba tidak mempunyai sebarang usaha kecuali kehendak. Dinukilkan bahawa beliau mengingkari asal iradah dan keadaaanya sebagai salah satu jenis-jenis arad. Beliau juga menyatakan tidak ada kelupaan daripada perbuatan dan pembuat itu pula mengetahui apa yang dibuatnya maka dia adalah yang berkehendak sebenar-benarnya. Adapun kehendak yang berhubung-kait dengan perbuatan orang lain maka ia adalah kecenderungan jiwa kearahnya. Beliau juga mensabitkan adanya tabiat pada jisim-jisim itu ada perbuatan yang khusus. Beliau menyatakan adalah mustahil jika ada jauhar. Pada beliau segala arad berubah-ubah dan jauhar-jauhar tidak harus binasa.

Pandangan beliau bahawa penghuni neraka tidak kekal diseksa di dalamnya malah mereka akan menjadi tabiat api. Beliau menyatakan neraka akan menarik penghuninya ke dalamnya tanpa seorang pun yang masuk sendiri ke dalamnya. Mazhab beliau adalah mazhab ahli-ahli falsafah dalam menafikan sifat-sifat. Dalam menetapkan takdir baik dan buruk daripada seseorang hamba beliau mengikut mazhab Muktazilah. Beliau mengatakan Allah disifatkan dengan sifat yang berkehendak dengan erti kata harus adanya lupa pada perbuatan-perbuatannya dan tidak sah berlaku kejahilan dan tidak harus Dia dikalahkan atau dipaksa

Beliau mengatakan semua makhluk yang berakal mengetahui bahawa Allah yang mencipta mereka lalu mereka mengetahui yang mereka memerlukan nabi dan mereka akan dipersoalkan tentang pengetahuan mereka itu. Mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu orang yang mengetahui tentang Tauhid dan orang yang jahil tentangnya. Orang yang jahil dimaafkan dan orang yang alim akan disoalkan. Barangsiapa menganut agama Islam maka jika beriktikad bahawa Allah bukannyajisim, bukan rupa. Dia tidak boleh dilihat dengan pandangan mata, Dia adalah adil dan tidak zalim, Dia tidak mengkehendaki perbuatan-perbuatan maksiat dan setelah adanya iktikad dan keyakinan serta memperakui ke semua itu maka ia adalah seorang muslim yang sebenar.

Jika dia mengetahui ke semua itu kemudian menolak dan mengingkarinya dan berpegang kepada fahaman tasbih dan al-Jabbar maka dia adalah seorang seorang kafir musyrik yang sebenar. Jika dia tidak mempedulikan semua itu dan ia berkeyakinan bahawa Allah adalah Tuhanya dan Muhammad adalah Rasulullah s.a.w. maka dia adalah seorang mukmin yang tidak dicela dan tidak ditaklifkan selain daripada itu. (Muhammad Ramzi Omar, 2006).

4.7 Kumpulan al-Khabitiyyah dan al Hadithiyyah

Al-Khatibitiyyah ialah pengikut-pengikut Ahmad bin Khabit. Begitu juga dengan al-Hadithiyyah ialah pengikut-pengikut al-Fadl al-Haditsi. Mereka berdua adalah sahabat al-Nazzam dan pengkaji kitab-kitab falsafah, mereka ini membawa atau berpegang dengan tiga perkara yang dibawa oleh golongan muktazilah itu sendiri antaranya.

Antara pegangan yang diketengahkan oleh mereka ialah, golongan ini telah dinisbatan salah satu daripada hokum-hukum ketuhanan kepada al-Masih (Isa a.s.) yang mana pegangan yang mereka bwa ini sejajar dengan pendapat yang dibawa olehgolongan Nasrani, mereka ini percaya bahawa al-Masih akan melakukan penghisaban terhadap makhluk pada hari akhirat, seperti yang dimaksudkan dengn firman Allah yang bermaksud : “dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedangkan Malaikat berbaris-baris (bersiap sedia menjalankan perintah)” Menurut ayat ini bermaksud itulah (Isa) dalam kepulan awan yang dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu? Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat yang mencabut nyawa mereka atau kedatangan (azab) dari Tuhanmu”

Selain pegangan di atas, mereka juga berpegang dengan pendapat al-Tanaskh iaitu mengenai (penjelmaan semula). Golongan ini berpendapat bahawa Allah telah menciptakan sekumpulan makhluk yang sihat sejahtera, berakal fikiran dan baligh di sebuah tempat lain dari tempat yang mereka berada sekarang. Allah menciptakan pada diri mereka makrifat dan ilmu mengenai-Nya. Dia memberikan mereka nikmat-nikmat-Nya. Tidak harus dia mencipta makhluk yang pertama kecuali yang berakal yang mana ia mahu berfikir dan mengambil iktibar. Allah memulakan mereka dengan perintah supaya mereka mensyukurinya lalu sebahagian mereka mentaati dalam semua perkara yang Dia perintahkan dan yang lainnya menderhakainya dalam semua perkara. Sebahagian mereka mentaati dalam beberapa perkara tanpa perkara yang lain. Barangsiapa yang mentaati dalam semua perkara maka Allah tetapkannya ke dalam tempat kenikmatan yang mereka dimulakan dengan mereka dan barangsiapa menderhakainya dalam semua perkara, maka Allah akan keluarkan dari tempat itu kepada tempat seksaan iaitu neraka. Barangsiapa yang mentaatinya dalam sesetengah perkara dan menderhakai dalam sesetengah perkara lain maka Allah akan keluarkannya ke tempat dunia dan memakaikan tubuh-tubuh kasar ini dengan mengujinya dengan kesukaran dan kepayahan, keperitan dan kesenangan.

Kesakitan dan kelazatan tergambar dalam gambaran yang berbagai-bagai rupa manusia dan seluruh haiwan berdasarkan kadar dosa mereka. Barangsiapa yang kurang melakukan maksiat dan ketaatannya lebih maka rupanya lebih cantik dan kesakitannya adalah paling sedikit. Barangsiapa dosanya banyak maka rupanya lebih hodoh dan kesakitan-kesakitannya lebih banyak. Kemudian sentiasalah ia menjadi binatang berkalu-kalim dan bertukar dari satu rupa ke satu rupa selagi dosa dan ketaatannya ada bersamanya. Jadi, inilah sebenarnya pandangan sebenar al-Tanasukh.

Fahaman yang dibawa oleh mereka juga adalah yang berkaitan dengan hadis yang mengatakan atau yang membicarakan perkara yang berkaitan melihat Allah seperti sabda Nabi yang membawa maksud :

“sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu pada hari kiamat seperti kamu melihat bulan purnama yang kamu tidak perlu berasak-asak untuk melihatnya”

Mereka mengandaiknnya dengan maksud penglihatan oleh akal pertama yang paling awal dicipta. Ia adalah akal yang bertindak di mana daripadanya mencurah-curah segala gambaran yang wujud. Akal inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang membawa maksud:“yang mulia sekali Allah cipatakan ialah akal”. Lalu Allah berfirman kepadanya: Tampillah. Lalu ia tampil. Kemudian Allah berfirman kepadanya : berpatah balik. Allah berfirman: “demi kemuliaan dan kebesaranku tidaklah aku menciptakan satu makhluk yang lebih baik daripada kamu dengan sebab kamulah ada kemuliaandan sebab kamulah aku menghinakan , dengan sebab kamulah aku memberi dan dengan sebab kamulah aku menghalang”.

Itulah akal yang akan zahir pada hari kiamat dan terangkanlah hijab di antaranya dengan gambaran-gambaran yang mencurah terbit daripadanya lalu mereka melihatnya seperti melihat bulan purnama. Adapum pemberi akal itu sendiri tidak dapat dilihat sama sekali. Tidak boleh disamakan kecuali percipta dengan pencipta.

4.8 Kumpulan al-Bishriyyah

Mereka adalah pengikut Bishr al-Mu’tamir. Beliau termasuk dalam kalangan ulama Muktazilah yang terbaik. Beliaulah yang mengasaskan pandangan tentang konsep tawwallud dan sangat fanatic. Beliau berbeza daripada sahabatnya dalam enam persoalan.

Antara persoalan yang ditimbulkan oleh mereka ialah mereka mendakwa bahawa warna, rasa, bau, dan segala deria yang lain berpunca daripada pendengaran. Penglihatan boleh lahir daripada perbuatan hamba jika sebab-sebab penglihatan itu daripada perbuatannya. Mereka mengambil pandangan ini daripada golongan ahli falsafah naturalis, namun golongan ini tidak membezakan antara yang dilahirkan atau yang diciptakan secara langsung dengan sifat qudrat. Boleh jadi mereka tidak mengistinbatkan sifat qudrah menurut metodologi ulama-ulama kalam. Daya perbuatan dan daya menerima tindakbalas bukanlah qudrah yang diisbatkan oleh seseorang ahli kalam.

Seterusnya mereka juga mengatakan bahawa kemampuan ialah kesejahteraan struktur badan dan kesihatan anggota tubuh serta selamat dari segala yang merosakan. Golongan ini berkata, saya tidak mengatakan: manusia melakukan perbuatan dengan kemampuan yang bermaksud kesejahteraan struktur badan dan tidak jua yang bermaksud kesihatan anggota tubuh, tetapi saya mengatakan manusia melakukan perbuatan dan perbuatan itu tidak akan terjadi kecuali dengan keadaan kedua (kesihatan anggota tubuh serta kesan dari segala yang merosakkan).

Pandangan lain dikemukakan oleh mereka ialah bahawa Allah berkuasa menyeksa kanak-kanak dan tidak Allah melakukan yang demikian. Dia adalah zalim kepada kanak-kanak itu akan tetapi mereka tidak suka menyifatkan perkara tersebut kepada Allah, malah hendaklah dikatakan: Jika Allah melakukan yang demikian pastilah kanak-kanak itu seseorang yang baligh, berakal dan derhaka dengan maksiat yang telah dilakukannya serta layaklah dia menerima seksa.

Selain daripada itu al-Ka’bi melaporkan, beliau berkata: Iradah Allah ialah salah satu daripada perbuatan-perbuatannya. Ianya dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk zat dan dalam bentuk sifat perbuatan. Adapun sifat zat ialah kerana Allah sentiasa berkehendak kepada seluruh perbuatannya dan kepada seluruh ketaatan hamba-hambanya. Allah maha bijaksana. Adalah tidak harus yang bijaksana mengetahui kebajikan dan kebaikan tanpa menghendakinya. Adapun sifat perbuatan, maka jika Allah berkehendakkan dengan sifat itu untuk perbuatan dirinya ketika Allah mengadakan perbuatan dirinya, maka sifat itulah yang menciptakanya dan sifat itu adalah sebelum kejadian (perbuatan) kerana sesuatu yang menjadi punca terjadinya sesuatu adalah tidak harus ada bersamanya. Jika Allah berkehendak dengan sifat itu untuk perbuatan hamba-hambanya maka sifat itu bereti suruhannya.

Seterusnya mereka juga mengatakan ; sesungguhnya di sisi Allah ada kelembutan yang digunakannya nescaya seluruh makhluk yang ada di bumi akan beriman dengan keimanan yang layak mendapatkan ganjaran pahala seperti kelayakan jika mereka beriman tanpa kelembutannya. Malah ganjaran yang mereka perolehi lebih banyak. Namun Allah tidak perlu berbuat demikian dan tidak wajib ke atasnya memelihara yang salah (terlebih baik) kerana tidaka ada kemuncaknya bagi kebaikan yang Allah berkuasa. Apabila terdapat sesuatu yang baik maka ada yang di atasnya yang terlebih baik lagi. Allah memberikan kepada hambanya kekuasaan, kemampuan dan membuang kelemahan-kelemahan melalui dakwah dan perutusan Rasul. Orang yang berfikir sebelum sampainya wahyu dapat mengenali Allah melalui pemerhatian dan pendalilan. Memandangkan dia sendiri yang memilih sendiri perbuatannya, maka dia tidak perlu kepada dua lintasan hati kerana dua lintasan itu tidak datang dari Allah tetapi daripada syaitan. Objek pemikiran pertama tidak didatangi oleh syaitan untuk menimbulkan syak dalam fikirannya, jika syaitan tampil maka perbincangan mengenai syaitan samalah perbincangan mengenai-Nya.

Seterusnya mereka mengatakan siapa yang bertaubat daripada dosa besar kemudian dia mengulangi semula dosa itu maka dia patut menerima seksaan dosa awal kerana taubatnya diterima dengan syarat dia tidak mengulanginya.

4.9 Kumpulan al-Mu’ammariyyah

Mereka ialah pengikut Mu’ammar bin ‘Ibad al-Sulami yang merupakan orang paling kuat dalam mazhab Qadariyyah yang membawa perkara karut marut dalam memperhalusi perbincangan tentang menafikan sifat-sifat, takdir baik dan buruk daripada Allah dan menghukumkan kafir dan sesat terhadap hal-hal demikian. Beliau berbeza pendapat dengan para sahabatnya dalam beberapa persoalan.

Beliau mengatakan; Allah tidak mencipta sesuatu pun selain dari jisim. Adapun “arad” maka ia tidak termasuk dalam rekaan-rekaan jisim samada secara tabii seperti api yang mengeluarkan kepanasan dan bulan yang menghasilkan cahaya atau secara pilihan perhimpunan dan penceraian. Ini sesuatu yang menghairankan kerana bliau berpendapat binasanya jisim adalah dua ‘arad’ (sifat). Jadi, beliau mengatakan kedua-duanya adalah perbuatan jisim? Jika Allah tidak mengadakan “arad”, mengapakah Allah mengadakan jisim dan kebinasaannya? Sesungguhnya yang baru adalah “arad”. Oleh yang demikian pandangannya tertolak kerana ia memberikan erti Allah tidak mempunyai perbuatan sama sekali. Pandangan beliau disangkal lagi dengan persoalan bahawa kalam Allah adalah “arad” atau jisim? Jika dia mengatakan “arad”, bererti kalam itu dibaharukan oleh Allah s.w.t. kerana yang berkata-kata dengan kalam yang asal ialah yang membuat kata-kata.

Beliau juga disangkal dengan menyatakan pendapatnya bahawa kalam Allah adalah berjisim, bererti jawapan ini menyanggahi kenyataannya bahawa Allah mengadakan kalamnya pada tempat jisim yang tidak berada pada jisim. Jika dia tidak memperakui ada sifat-sifat yang azali dan tidak memperakui kemakhlukan “arad”, maka ini bereti Allah tidak mempunyai kalam tidak menyuruh dan melarang. Jika tidak ada suruhan dan larangan, maka tidak ada syariat sama sekali.

Antaranya fahaman mereka lagi alah mereka mengatakan bahawa arad-arad yang pada setiap genius (spesies) tidak berkesudahan. Beliau mengatakan setiap arad yang berada pada suatu tempat sesungguhnya berada ditempat itu disebabkan oleh satu pengertian (signifikan) yang mewajibkan ia berada di situ. Kenyataan ini boleh membawa kepada tasalsul (berangkai-rangkai). Disebabkan persoalan ini beliau dan para sahabatnya dinamakan Ashab al-Ma’ani (Golongan yang berpegang pada makna). Di samping pandangan ini beliau menambah lagi dengan kenyataan bahawa pergerakan adalah berlainan enggan diam bukan dengan zatnya (bukan dengan sendirinya) tetapi disebabkan dengan satu makna yang mewajibkan kelainan itu. Begitu juga dengan perbezaan satu contoh dengan satu contoh dan persamaannya adalah berlawanan antara satu lawan dengan satu lawan yang lain.

Antara pandangan yang dibawa oleh mereka lagi ialah mereka mendakwa iradah (kehendak) Allah kepada sesuatu bukannya Allah, bukannya penciptaan Allah akan sesuatu itu, bukan perintahya, bukan pemberitahuannya dan bukan hukumannya. Lalu mereka menunjukkan kepada satu perkara yang tidak diketahui. Mereka mengatakan, manusia tidak mempunyai perbuatan selain kehendak (Iradah) sama ada secara langsung atau taulid (melahirkan). Perbuatan-perbuatan manusia yng berbentuk taklif seperti bangun, duduk, bergerak, dan diam dalam hal-hal yang baik atau jahat kesemuanya bersandar kepada kehendaknya bukannya secara langsung dan bukan secara taulid. Ini adalah menghairankan, namun melalui pandangan ini mereka menjadikan asas dalam mazhabnya dalam soal hakikat manusia. Menurut mereka lagi manusia adalah makna atau jauhar yang bukannya jasad. Ia mengetahui, berkuasa membuat pilihan, bijaksana, tidak bergerak, tidak diam, tiadak terbentuk, tidak merasa dan banyak lagi. Kesemuanya berlaku pada satu tempat tanpa tempat yang lain, tidak dilingkungi oleh tempat, tidak dibatasi oleh masa, namun ia menguruskan jasad dan hubungannya dengan badan adalah hubungan antara pengurus dan orang yang melakukan tindakan.

4.10 Kumpulan al-Mardariyyah

Mereka adalah pengikut Isa bin Sabih yang dipanggil dengan panggilan Abu Musa dan digelar dengan gelaran al-Madar. Beliau menuntut ilmu daripada Bishr bin al-Mu’tamir dan berusaha menzuhudkan diri dan beliau dinamakan dengan nama rahib Muktazilah. Beliau juga berbeza pendapat dengan para sahabatnya dalam beberapa aspek.

Antara perkara yang menyebabkan beliau berbeza pendapat dengan sahabatnya ialah pandangan beliau tentang al-Qadar. Sesungguhnya allah berkuasa untuk berbohong dan melakukan kezaliman. Jika dia berbohong dan berbuat zalim mmaka dia adalah Tuhan pembohong dan Tuhan yang zalim. Maha suci Allah daripada katanya.

Selain dari itu beliau juga mengeluarkan pandangan tentang tawallud adalah sama seperti pandangan gurunya, namun beliau menambah dengan mengatakan harus berlaku satu perbuatan daripada dua pembuat dengan cara tawwallud lahir daripada sesuatu.

Pandangan beliau melalui al-Quran dengan mengatakan manusia berupaya untuk mencipta seperti al-Quran dari sudut kefasihan, susunan dan balaghah. Beliau seorang uang ekstreis dalam memberi pandangan tentang al-Quran. Beliau mengkafirkan orang yang mengatakan al-Quran itu Qadim dengan alasan orang itu telah mengisbatkan dua yang Qadim. Beliau juga mengkafirkan orang yang mendampingi sultan dan mendakwa sultan tidak mewarisi dan tidak diwarisi.

Antara lainnya ialah pandangan mereka tentang Allah menciptakan al-Quran di Luhmakfuz dan al-Quran itu tidak harus dipindahkan kerana mustahil sesuatu benda berada pada dua tempat dalam keadaan yang sama. Apa yang kita baca adalah penceritaan daripada apa yang ditulis pertama kali di Luhmahfuz dan demikian itu adalah perbuatan dan ciptaan kita.

0

Bahaya Islam Liberal Bahagian I

Islam liberal pada mulanya diperkenalkan oleh buku “Liberal Islam : A Source Book” yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism : A Critique of Development Ideologies ” yang ditulis oleh Leonard Binder (Chicago,
University of Chicago Press, 1998). Walaupun buku ini terbit tahun 1998, tetapi idea yang mendokong liberalisasi telah muncul terlebih dahulu seperti gerakan modernisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya.
Oleh sebab itu walaupun Jaringan Islam Liberal di Indonesia bermula tahun 2001, tetapi idea-idea Islam Liberal di Indonesia sudah ada sejak tahun 1970 dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi Islam yang dibawa oleh Nurkholis Majid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal di
Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta ,2007).
Gerakan liberalisme ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, liberalisme budaya, liberalisme politik, dan liberalisme agama. Gerakan Liberalisme di Barat bermula dengan gerakan reformasi yang bertujuan menentang
kekuasaan Gereja, menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan pemilikan serta menetapkan hak asasi manusia (Harorld Laski dan John L. Stanley, The Rise of European Liberalisme, London, 1997, m.s. 15). Gerakan liberalisme tersebut masuk ke dalam bidang agama, sebagai contoh gerakan reformasi Inggeris bertujuan untuk menghapuskan
ketuanan dan kekuasaan golongan agama (papal jurisdiction) dan menghapuskan cukai terhadap gereja (clerical taxation). Oleh sebab itu gerakan liberalisme berkait rapat dengan penentangan terhadap agama dan sistem pemerintahan yang dilakukan oleh golongan agama (gereja) atau raja-raja yang memerintah atas nama Tuhan. (Khalif Muammar, Atas nama kebenaran , m.s. 75). Gerakan liberalisasi agama ini telah lama meresap ke dalam agama Yahudi dan Kristian. Contohnya, Gerakan Yahudi Liberal (Liberal Judaism) telah muncul pada abad ke-19 sebagai usaha menyesuaikan dasar-dasar agama yahudi dengan nilai-nilai zaman pencerahan (Enlightenment) tentang pemikiran rasional dan bukti-bukti sains. Organisasi Yahudi Liberal
diasaskan pada tahun 1902 oleh orang yahudi yang memiliki komitmen terhadap falsafah liberal dengan tujuan mempercayai kepercayaan dan tradisi Yahudi dalam dunia kontemporer. Akibatnya daripada pemahaman liberal tersebut maka daripada 31 pemimpin agama
yang tergabung dalam persatuan Rabbi Yahudi Liberal (Liberal Judaism’s Rabbinic Conference) terdapat empat orang rabbi lesbian dan dua orang rabbi gay. (Adian Husaini, dalam pengantar buku 50 Tokoh Islam Liberal, Budi Handrianto, m.s.xvii)
Dalam agama Kristian juga terdapat golongan Kristian Liberal, di mana mereka melakukan rekonstruksi keimanan dan hukum dengan menggunakan metode sosio-historis dalam agama (mengubah prinsip iman dan hukum agama sesuai dengan perkembangan masyarakat), sehingga Charles A. Briggs, seorang Kristian Liberal menyatakan : “It is sufficient that Bibel gives us the material for all ages, and leaves to an the noble task of shaping the material so as to suit the wants of his own time” (Alister E. McGrath, The Balckwell Encyclopedia of Modern Christian Thought, Oxford, 1993).

Akhir-akhir ini pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim seperti yang dilakukan oleh Nasr Hamid Abu Zayd (Mesir), Muhammad Arkoun (Al Jazair), Abdulah Ahmed Naim (Sudan), Asghar
Ali Enginer (India), Aminah Wadud (Amerika), Noorkholis Madjid, Syafii Maarif, Abdurrahman Wahid, Ulil Absar Abdalla (Indonesia), Muhamad Shahrour (Syria), Fetima Mernisi (Marocco) Abdul Karim Soroush (Iran), Khaled Abou Fadl (Kuwait) dan lain-lain. Di samping itu terdapat banyak kelompok diskusi, dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL – Indonesia), Sister in Islam (Malaysia) hampir di seluruh negara Islam (lihat laman web.unc.edu/~kurzman/LiberalIslamLink.)

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid. Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa , sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas- nas Syarak secara putus (qat’ie). Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Rujukan

  • Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail. CABARAN AKIDAH : PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL. Wilayah Persekutuan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.
(www.muftiwp.gov.my/pmwp/galeri/ISI_DALAM_LIBERAL.pdf)

*bersambung Bahaya Islam Liberal Bahagian II

0

Palestin Dalam Agama Samawi

Status Palestin dalam Islam
Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud) :
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami." (Al Israa' : 1)
Al-Quds (Baitul Maqdis) merupakan bandar yang ketiga dimuliakan dalam Islam, selepas Makkah al-Mukarramah dan Al-Madinah Al-Munawwarah. Allah S.W.T. telah memuliakannya dengan Al-Masjid Al-Aqsa yang diberkati sekelilingnya. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W. (mafhumnya) :
"Janganlah kamu bersusah payah untuk pergi melainkan ke tiga buah Masjid : Al-Masjid Al-Haram, Al-Masjid Al-Aqsa dan Masjidku ini (Al-Masjid An-Nabawi, di Al-Madinah Al-Munawwarah)"
-H.Riw. Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Al-Quds adalah sebahagian daripada bumi Palestin, bahkan Allah Tabaaraka wa Ta'ala menyifatkannya sebagai bumi yang diberkati sebanyak lima kali di dalam Al-Quran ( Al Israa' : 1, Al Anbiyaa' : 71, Al A'raaf : 137, Al Anbiyaa' : 81 dan Saba' : 18 ).
Palestin merupakan bumi para Anbiya, demikianlah Al-Quran merakamkan bahawa Nabi Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Ya'qub, Yusuf, Daud, Sulaiman, Saleh, Zakaria, Yahya dan 'Isa bin Maryam ('Alaihimus-Sholaatu was-Salaam) pernah menetap di bumi barakah tersebut. Begitu juga Nabi Muhammad S.A.W. pernah menziarahinya bahkan Allah Ta'ala mengurniakan kemuliaan dan penghormatan kepada Baginda S.A.W. dengan peristiwa Al-Israa' dan Al-Mi'raaj. Maka yang demikian itu, bukanlah sesuatu yang aneh atau mengejutkan bagi umat Islam untuk terpaut hati dan jiwa mereka serta bersikap sentimental terhadap bumi suci ini, malah lebih daripada itu untuk mengorbankan darah dan nyawa mereka demi mempertahankannya.
Jerusalem : Perebutan Tiga Penjuru
Umumnya kita mengetahui bahawa bumi Palestin dan kesucian Baitul Maqdis ini dikongsi bersama tiga agama terbesar dunia iaitu Islam, Judaisme dan Kristian. Masing-masing mengakui dan menuntut hak ke atas autoriti memilikinya. Sebagaimana umat Islam mengakui hak mereka ke atas bumi Palestin ini, begitu jugalah kaum yahudi dan nasrani. Ini juga termaktub di dalam kitab-kitab suci mereka. Di dalam kitab Bible, disebutkan bahawa Jesus Christ (Nabi 'Isa A.S.) dilahirkan di Bethlehem yang terletak di selatan Jerusalem. Kaum nasrani juga menuntut Jerusalem sebagai kota suci mereka kerana Jesus dikatakan menuju ke kota ini dalam seruan membawa Bani Israel ke dalam agamanya. Di dalam kitab Bible:
9 The crowds that went ahead of him and that followed were shouting, " Hosanna to the Son of David!
10 When he entered Jerusalem, the whole city was in turmoil, asking, "Who is this?"
11 The crowds were saying, "This is the prophet Jesus from Nazareth in Galilee."
(Matthew 21: 9-11)
27'But as for these enemies of mine who did not want me to be king over them – bring them here and slaughter them in my presence.'
28 After he had said this, he went on ahead, going up to Jerusalem.
(Luke 19 : 27-28)
Cukuplah sejarah telah membuktikan dengan peristiwa Perang Salib yang dilancarkan untuk merampas kembali Jerusalem daripada tangan umat Islam. Kempen Perang Salib yang pertama telah dilancarkan oleh Pope Urban II pada 1046 M, dan Kaum Salib berjaya menguasai Jerusalem pada tahun 1099 M. Di kalangan umat Islam telah bangkit seorang sultan yang adil lagi berani bagi mengembalikan maruah umat yang telah tercalar ini. Sultan Salahuddin al-Ayubi menyeru umat Islam agar bersatu menghadapi kebiadaban tentera-tentera Salib. Setelah berjaya menyatukan kembali umat Islam dari kalangan bangsa Arab, baginda mara dengan kekuatan kesatuan aqidah Islam.
Satu demi satu pertempuran diharungi oleh tentera Islam di akhiri dengan kemenangan. Perkembangan ini menyebabkan Raja Richard I yang digelar The Lion Heart itu datang sendiri bagi mengetuai peperangan ini. Tahun 1187 M menyaksikan peristiwa bersejarah di mana Kaum Salib telah dikalahkan di Hittin (Palestin), Al-Quds (Jerusalem) dan Syria telah dibebaskan. Maka Baitul Maqdis dan bumi Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam. Setelah kemangkatan Sultan Salahuddin (1193 M/ 589 H), Kaum Salib sekali lagi dapat menguasai Jerusalem buat kali yang kedua. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1229 M/ 626 H, bagaimanapun tentera Islam berjaya merampasnya semula pada tahun 1244 M/ 642 H. Kaum Salib melakukan cubaan terakhirnya pada tahun 1249 M / 647 H melalui Raja Louis IX namun usaha ini menemui kegagalan.Manakala bagi kaum yahudi, sebagaimana yang telah disebut di atas, mereka telah ter1epas hak ke atas Palestin sejak tahun ke 35 Masihi sehinggalah abad ke-20.
Mereka telah memasuki bumi suci Palestin pada tahun 1948, lalu menubuhkan sebuah negara. Penubuhan negara Israel ini tidak diiktiraf oleh majoriti umat Islam, sehingga kini mereka menduduki serta membina penempatan secara haram.
Al-Quran Mengisytiharkan PenentuanNya terhadap bumi Palestin
Sebelum kita pergi lebih jauh tentang tragedi pencerobohan kaum Yahudi ke atas bumi Palestin, adalah lebih baik kita meneliti terlebih dahulu beberapa ayat dari Al-Quran yang mendedahkan tentang sikap Bani Israel terhadap perintah Allah S.W.T dan Nabi Musa A.S. Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :
"Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah ni'mat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu, dan dijadikanNya kamu orang-orang yang merdeka.." (Al-Maaidah : 20)
Setelah Nabi Musa A.S. menyelamatkan Bani Israel dari cengkaman penghambaan Fir'aun di bumi Mesir, Allah S.W.T. menjanjikan negeri untuk diwarisi oleh mereka. Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :
"Dan Kami wariskan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya* yang telah Kami beri berkah padanya."(Al-A'raaf : 137)
(*Yang dimaksudkan di sini : negeri Syam dan Mesir serta negeri-negeri sekitar keduanya yang pernah dikuasai oleh Fir'aun dahulu). Lalu mereka telah menyeberangi Laut Merah lalu memasuki Sinai, Nabi Musa A.S. telah menyeru dan memerintahkan mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran (yang bermaksud) :
"Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi."
(Al-Maaidah : 21)
Mereka yang telah Allah janjikan bumi barakah itu, telah menjawab sebaliknya sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran:
"Mereka berkata: "Hai Musa , sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya."
(Al-Maaidah : 22)"
Firman Allah lagi:
"Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua.." (Al-Maaidah : 24)
(Kisah ini juga turut dinukilkan di dalam kitab Bible di dalam Perjanjian Lama / The Old Testament –The book of Numbers Ch.13: Vr. 31-33).
Secara jelasnya, bolehlah dikatakan Bani Israel ini telah menolak untuk memasuki tanah Palestin secara berhadapan dengan penghuni negeri tersebut. Sikap ini telah mengecewakan Nabi Musa A.S. serta menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. Al-Quran menerangkan (yang bermaksud) :
"Berkata Musa : "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang fasik itu. Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu." (Al-Maaidah : 25-26)
Palestin Sebelum Berada di Bawah Naungan Islam
Nabi Musa A.S. telah wafat sebelum sempat menyempurnakan impian membawa bangsanya memasuki bumi suci Palestin. Setelah berlegar legar selama 40 tahun di gurun Sinai, generasi Bani Israel yang berani dan berdedikasi telah terbentuk, dan di bawah pimpinan Usha' bin Nun mereka mara untuk menyeberangi Sungai Jordan ke Timur Laut Palestin kira-kira tahun 1190 sebelum masihi. Kemudian, kekacauan, perselisihan dan krisis moral melanda Bani Israel, dan ia berterusan selama 150 tahun. Dengan naiknya Raja Talut, kondisi mereka berubah kepada keadaaan yang lebih baik, dan mereka mampu mengalahkan musuh-musuh mereka.
Kebangkitan Nabi Daud A.S., yang mana Allah S.W.T menganugerahkannya kerajaan kira-kira 1004 sebelum masihi, telah mengisyaratkan era baru kepada cahaya Tauhid di bumi barakah tersebut. Baginda menghapuskan golongan yang kufur, menguasai dan memerintah bumi Palestin kecuali di kawasan pinggir laut, dan menjadikan Jerusalem sebagai ibukota pemerintahannya pada tahun 995 sebelum masihi. Anak dan juga pewaris baginda Nabi Sulaiman A.S. meneruskan pemerintahan yang penuh bersejarah ini. Lapan puluh tahun pemerintahan baginda berdua 'Alaihimas-Salaam merupakan era kegemilangan kepada panji-panji Tauhid di Palestin. Setelah kemangkatan Nabi Sulaiman A.S., kerajaan baginda telah terbahagi kepada dua negeri yang bermusuhan. Setelah itu pemerintahan negara Bani Israel mengalami kemerosotan dan korup. Mereka telah diserang oleh negara-negara jiran seperti Raja Sargon II (Assyrian), kemudian Nebukadnezar (Babilon) yang memusnahkan rumah ibadat mereka dan memperhambakan 40,000 bangsa yahudi. Kemudian bumi tersebut dikuasai oleh kerajaan Rom. Ini tercatat di dalam manuskrip mereka sendiri.
Sejarah juga mencatatkan kerajaan Islam di bawah pimpinan Saiyidina Umar bin Al-Khattab R.A. telah membuka kota Baitul Maqdis pada tahun ke-15 Hijrah bersamaan 636 masihi. Demikianlah Allah telah menyempurnakan janjiNya sebagaimana yang difirmankan di dalam Kitab AgungNya (yang bermaksud) :
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu."
(Al-An'aam : 165)
Dengan kemasukan dan penodaan golongan Yahudi ke atas bumi Palestin dengan tertubuhnya negara haram 'Israel' pada tahun 1948, maka umat Islam telah mengalami episod penghinaan yang berdarah selama hampir 60 tahun. Akan tertebuskah kembali maruah Islam? Masih adakah lagi Sultan Salahuddin baru di alaf ini?
Rujukan
1.Al-Quran Al-Karim.
2.Al-Lu' Lu' wal-Warjaan, Imaamal-Muhadditsiin Al-Bukhari wa Muslim. – Muhammad Fuad Abdul Baqi, Darul-Hadith, al-Kaherah.
3.Al-Quds Qadhiyah Kulli Muslim –Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Maktabah Wahbah, al-Kaherah, 2000.
4.The Palestinian Issue, Its Background and Development Up To 2000 - Dr. Mohsen M. Saleh, Darul-Fajar.Translated by, Prof. Hassan A.Ibrahim, 2001.
5.Jerusalem In The Qur'an, An Islamic View of The Destiny of Jerusalem –Imran N. Hosein, Ansari Memorial Series, Masjid Dar al-Quran, Long Island, New York, 2002.
6.Jurnal Liwa' Ul-Haq, bil-2, Februari-April 2001.
7.The Holy Bible, New Revised Standard Version –Zondervan Publishing House, Grand Rapids, Michigan, 1989.

0

Zionis dan Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud):
Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali redha kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka.” (Al-Baqarah : 120)
FirmanNya lagi:
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.” ( Al-Maaidah : 82).
PERMUSUHAN YAHUDI-ISLAM: SEJARAH YANG PANJANG
Pertembungan dan pertentangan di antara umat Islam dengan golongan yahudi sudah berakar umbi semenjak zaman berzaman, sejak kebangkitan Nabi Terakhir s.a.w. yang zahir bukan dari kalangan mereka. Kebencian yang meluap-luap ini terbukti dengan percubaan demi percubaan untuk menghancurkan umat yang memikul ajaran Tauhid ini. Allah ‘Azza wa Jalla memuliakan umat ini dengan nikmat Islam dan kemenangan terhadap golongan yahudi serta menyelubungkan kehinaan ke atas mereka dengan Peristiwa Khaibar (tahun ke-7 Hijrah) setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Umat Islam meyakini bahawa Bani Israel telah memerintah sebahagian bumi Palestin selama lebih kurang 400 tahun, bagaimana pun mereka telah mengubah serta menokok tambah agama mereka dan mendustakan serta membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka. Maka, layaklah ke atas mereka ditimpakan penghinaan dan hukuman daripada Allah Ta'ala, serta hilang hak mereka terhadap bumi Palestin. Golongan yahudi, secara realiti, politik dan ketamadunannya telah terputus terus dari keberkatan bumi Baitul Maqdis selama 1800 tahun (Semenjak 135 Masihi sehinggalah abad ke-20).
Dengan tertubuhnya Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organization -W.Z.O.) di bawah pimpinan Theodore Herzl, dan konferensi pertama yang telah diadakan di Switzerland pada 27-29 hb. Ogos 1897, di antara lain merintis jalan dan kempen politik secara sistematik untuk menubuhkan negara yahudi "Israel" di bumi suci Palestin. Herzl berada di barisan hadapan dalam usaha diplomatik aktif bagi memenangi sokongan kuasa-kuasa dunia terhadap tuntutan kaum yahudi tersebut, termasuklah memujuk Britain untuk menaungi "Projek Zionis". Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, Khalifah Uthmaniyyah(1876-1909) supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana khalifah dapat menghidu tujuan sebenar mereka. Tanah yang diimpikan supaya mereka dapat mendirikan negara yahudi yang kononnya akan berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah menghadapi tentangan terus menerus dari khalifah, sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :
"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."
Menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah
Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah. Di antara pemimpinnya ialah Emanuel Carasso, seorang yahudi berbangsa Itali. Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan dan melantik para menteri yang dipilih oleh gerombolan Turki Muda. Pada 17 November tahun yang sama, pembukaan Parlimen Uthmaniyyah telah dilancarkan sementara khalifah hanya mampu akur serta berazam untuk mengembalikan syariat Islam. Pada 13hb. April 1909 telah berlaku satu revolusi dari kalangan tentera dan rakyat Turki yang tidak bersetuju dengan kepimpinan baru, semangat menentang perlembagaan begitu menyala-nyala. Dua hari setelah itu, khalifah telah melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar bagi tugas-tugas khas demi mengembalikan semula pelaksanaan hukum Islam serta menghapuskan perlembagaan baru. Dengan perkembangan ini, golongan tentera di Salonika telah melakukan satu lagi pemberontakan malah lebih buruk lagi mereka telah melakukan rampasan kuasa.
Pada 26hb. April 1909, telah diadakan Jawatankuasa Kebangsaan yang bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula. Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Jawatan khalifah hanyalah satu gelaran kepada seorang ketua negara. Muhammad Rashad iaitu adik kepada Sultan Abdul Hamid telah menaiki takhta khalifah. Perang Dunia Pertama telah meletus pada tahun 1914, dan Khilafah Uthmaniyah telah terbabit dalam Perang Dunia ini. Pihak British telah menyusup masuk ke dalam pengaruh ketenteraan Turki dan menaburkan pandangan-pandangan demi kepentingan British. Usaha yang dijalankan ialah supaya kerajaan Uthmaniyyah menarik diri dari pembabitannya dalam peperangan ini dan terus menyuburkan usaha penghapusan Khilafah Uthmaniyyah secara mutlak. Pada 9hb.November 1915, Setiausaha Perang pihak British, Lord Kitchener telah menghubungi seorang pegawai tentera Turki iaitu Jamal Pasha di Dardanelles untuk diajak berunding menentang Khilafah Uthmaniyyah. Beliau bersetuju untuk melakukan pemberontakan dengan beberapa syarat untuk dipenuhi oleh pihak Tentera Bersekutu.
Pada 30hb. Oktober 1918, Khilafah Uthmaniyyah telah bersetuju dengan gencatan senjata Mudrog, bagi menamatkan peperangan di Asia Barat Daya. Setelah Perang Dunia Pertama tamat, pihak Tentera Bersekutu memperolehi kemenangan besar, begitu juga Khilafah Uthmaniyyah telah berpecah dan berkecai-kecai kepada negara-negara kecil. Seluruh wilayah Arab, Mesir, Syria, Palestin dan kawasan Timur Jordan telah dikuasai oleh pihak Bersekutu manakala Iraq melepaskan diri dari kesatuan khilafah secara paksaan. Yang tinggal pada kekuasaan Uthmaniyyah hanyalah negara Turki itu sendiri, sedangkan ianya juga telah diresapi pengaruh pihak Bersekutu. Pemerintahan yang sedang nazak ini telah dibentuk semula di bawah kepimpinan Taufiq Pasha, kali ini beliau berperanan menjalankan perintah bagi pihak musuh yang berkuasa. Ketika itu jawatan khalifah disandang oleh Wahiduddin Khan yang merasakan dirinya terpikul dengan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan tidak mahu menunjukkan sikap menentang yang mana boleh mengakibatkan kehancuran negara. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Pasha berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya. Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki, walaupun sebenarnya khalifah sudah tidak lagi berperanan dalam kekuasaan negara, namun segala ciri-ciri Islam yang masih tersisa itu hendak dicabutnya terus.
Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba membalutinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menyiapkan segalanya bagi menjayakan revolusi ini, bahkan beliau sendiri telah dididik oleh pihak British. Dengan pengaruhnya, Kamal berjaya menduduki tempat di dalam Jawatankuasa Kebangsaan, usul-usul yang dibawanya ke dalam dewan tersebut mencetuskan kontroversi dan kekecohan, dengan sokongan 80 orang ahli dewan yang merupakan penyokong setianya, beliau meneruskan niat jahatnya bagi menghancurkan kesultanan dan khilafah secara total. Keadaan dewan menjadi kacau dengan tindakan saling mengecam dan tuduh menuduh di antara ahli dewan dan ahli politik yang terdiri dari pengikut Mustafa Kamal, golongan ulama dan intelektual. Natijahnya, Jawatankuasa Perwakilan Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kesultanan dihapuskan. Apabila mengetahui tentang itu, Khalifah Wahiduddin telah melarikan diri. Jawatan khalifah telah diisi oleh saudaranya Abdul Majid, beliau dilantik sebagai khalifah tanpa kuasa pemerintahan.Kelicikan Mustafa Kamal memang diakui apabila dia berjaya mengheret Jawatankuasa ke dalam pelbagai krisis pertumpahan darah sehingga ianya dijadikan alasan yang kuat untuk membubarkan parlimen. Ketika krisis tersebut sudah memuncak, Kamal telah diminta oleh Jawatankuasa Kebangsaan untuk menerajui parlimen. Kesempatan yang sudah lama ditunggu-tunggu, pada 29hb. Oktober 1923, Mustafa Kamal telah dipilih menjadi Presiden Republik Turki yang pertama setelah beliau mengisytiharkan di dewan untuk mengubah Negara Islam menjadi Negara Republik. Sebarang tentangan daripada rakyat yang pro-Islam telah ditangani dengan propaganda dan kanun yang bersifat subversif. Manakala ahli dewan yang lantang melaungkan suara Islam telah diancam dengan hukuman gantung malahan ada yang dibunuh pada waktu malam melalui pembunuh upahan.
Mustafa Kamal semakin berani dalam langkah yang diambilnya, pada 3hb. Mac 1924, beliau telah mengadakan persidangan Jawatankuasa Kebangsaan bagi mengumumkan penghapusan Khilafah dan memisahkan Islam dari negara. Dengan keangkuhannya gaya seorang diktator, keputusan dibuat tanpa melalui perbincangan. Arahan telah dikeluarkan kepada Hakim Istanbul supaya menetapkan pengusiran Khalifah Abdul Majid. Sehari selepas keputusan ini dikeluarkan, khalifah diarah keluar meninggalkan Turki sebelum terbit fajar. Sejumlah angkatan polis mengiringi Hakim Istanbul ke istana khalifah lalu memaksa baginda menaiki kereta yang kemudian membawanya keluar ke sempadan Turki. Mereka dengan tanpa belas kasihan telah meninggalkan baginda yang hanya dibenarkan membawa satu beg yang berisi beberapa pakaian dan sedikit wang. Demikianlah penghinaan yang diterima oleh Sultan Abdul Majid akibat kebencian musuh-musuh Islam terhadap institusi Khilafah yang telah sedia ranap. Mustafa Kamal telah digelar "Attartuk"- Bapa Pemodenan Turki.
Dia menjadikan sistem Kapitalisme mendominasi negara Republik tersebut. Maka telah tercapailah impian orang-orang kafir untuk menghancurkan Islam dari dalam, secara halus dan keji. Demikianlah berakhirnya satu Empayar yang kira-kira 27 tahun sebelum itu telah menolak untuk menjualkan tanah Palestin kepada golongan yahudi. Satu tempoh yang singkat untuk satu projek yang besar.
Rujukan
1.Al-Quran Al-Karim.
2.Kayfa Hudimat al-Khilafah – Abdul Qadim Zallum, Darul-Ummah,Beirut, 1990.
3.The Palestinian Issue, Its Background and Development Up To 2000 - Dr. Mohsen M. Saleh, Darul-Fajar.Translated by, Prof. Hassan A.Ibrahim, 2001.
4.Jewish Conspiracy And The Muslim World – Misbahul Islam Faruqi, With Complete Text of The Protocols of The Learned Elders of Zion, Thinker's Library, 1991.
5.Jurnal Liwa' Ul-Haq, bil-2, Februari-April 2001.