Palestin Dalam Agama Samawi
Zionis dan Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah
FAHAMAN SAINS DARI BARAT DAN ISLAM
Barat : Mengimani rasionalisme
Islam : Mengimani wahyu
Barat : Sains untuk sains
Islam : Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang ada fungsi rohani dan sosialnya.
Barat : Hanya terdapat satu kaedah untuk mengetahui kebenaran.(empirikal)
Islam : Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu baik objektif ataupun subjektif. Semuanya sah.
Barat : Sikap bebas emosi sebagai kunci mencapai kerasionalan.
Islam : Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.
Barat : Tidak memihak (neutral) seorang ahli sains seharusnya meminati ciptaan ilmu baru dan natijah penggunaannya. .
Islam : Memihak kepada kebenaran; jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral.
Barat : Ketiadaan sikap berat sebelah. Pengesahan pernyataan sains hanya bergantung pada operasi-operasi pembuktiannya, dan tidak pada orang yang membuatnya.
Islam : Adanya subjektiviti; arah sains adalah subjektif. Pengesahan pernyataan bergantung kepada operasi pembuktian niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya subjektiviti memaksa ahli-ahli sains mengaku kelemahan-kelemahan mereka.
Barat : Menangguhkan pemutusan – Kenyataan sains dibuat hanya berdasarkan asas bukti yang meyakinkan.
Islam : Latihan pemutusan – kenyataan sains selalu dibuat dengan bukti yang tidak meyakinkan; ahli sains seharusnya boleh membuat keputusan bila berhadapan dengan bukti yang tidak meyakinkan; apabila sampai masa yang bukti meyakinkan telah dikumpulkan, mungkin terlalu lewat untuk melakukan sesuatu tentang akibat-akibat yang telah merosakkan itu.
Barat : Penurunan cara yang dominan untuk mencapai kemajuan sains.
Islam : Sintesis sebagai cara dominan untuk mencapai kemajuan sains. Ini meliputi sintesis sains dan sistem nilai.
Barat : Pemecahan – Sains sebagai aktiviti yang kompleks. Oleh itu dapat dipecah-pecahkan kepada disiplin-disiplin, sub-disiplin dan sub-sub disiplin.
Islam : Holistik – Aktiviti sains terlalu kompleks untuk diceraikan dan diasingkan kepada bahagian yang kecil. Sains adalah interdisiplin, Intradisiplin dan holistik.
Barat : Global – walaupun sains bersifat sejagat, hasilnya ialah untuk orang yang mampu membayar. Dengan itu rahsia dibolehkan.
Islam : Global – hasil kajian sains untuk seluruh manusia. Pengetahuan serta kebijaksanaan tidak dapat dijadikan sebagai barang pertukaran atau jual beli, merahsiakannya dianggap buruk dan tidak bermoral.
Barat : Individualisme – Ahli sains seharusnya memisahkan diri mereka daripada keprihatinan mereka tentang sosial, politik dan ideologi.
Islam : Orientasi masyarakat: melakukan sains adalah tanggungjawab sosial (fardu kifayah), kedua-dua ahli sains dan masyarakat mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dan saling bergantung.
Barat : Sains tidak baik tetapi tidak juga buruk (neutral)
Islam : Orientasi nilai sains seperti kebanyakan aktiviti manusia, mempunyai nilai, ia mungkin baik ataupun patut dipuji, sains perang saraf umpamanya adalah satu yang keji.
Barat : Setia bersama kumpulan: hasil pengetahuan baru daripada kajian adalah yang terpenting daripada aktiviti-aktiviti lain dan patut diberikan sokongan penuh.
Islam : Kesetiaan hanya kepada Tuhan dan makhluknya – pengetahuan sains yang baru adalah satu jalan memahami “tanda-tanda” kewujudan Tuhan dan seterusnya meningkatkan taraf ciptaan-ciptaannya – manusia, binatang dan sekitaran. Tuhanlah yang mencipta sains, sebab itu ia mesti disokong seperti aktiviti-aktiviti umum bukan hanya aktiviti golongan atasan.
Barat : Kebebasan penuh – kesemua usaha untuk mengawal penyelidikan sains perlu ditentang
Islam : Pengurusan sains – Sains merupakan satu sumber yang tidak ternilai harganya. Oleh itu janganlah disia-siakan dan membiarkannya membawa kejahatan dan keburukan secara langsung, ia mesti diurus dan dirancang dengan teliti serta haruslah dijadikan sebagai subjek etika dan moral.
15.
Barat : Matlamat menghalalkan cara; disebabkan penyelidikan sains itu merupakan sesuatu yang baik dan penting untuk kesejahteraan manusia, semua kaedahnya termasuk penggunaan haiwan hidup, manusia dan janin bayi dibenarkan.
Islam : Matlamat tidak menghalalkan cara; tidak ada keistimewaan di antara matlamat dan kaedah sains. Kedua-duanya seharusnya halal dan mesti di dalam batas-batas etika dan akhlak
FAHAMAN ISLAM LIBERAL
Fahaman Liberalisme adalah sebuah fahaman yang sebenarnya berkembang di Barat dan memiliki prinsip, teori dan pandangan hidup yang berbeza dengan ajaran Islam yang sebenar. Dalam salah satu tesis yang bertajuk “Pemikiran Politik Barat” hasil tulisan Ahmad Suhelani, telah menjelaskan bahawa fahaman Liberalisme terdiri daripada beberapa prinsip-prinsip pemikiran yang tersendiri. Antaranya adalah seperti prinsip kebebasan individual, Prinsip kontrak social dan sebagainya.
Berdasarkan dalam laman web Jaringan Islam Liberal (JIL) golongan ini telah menafsirkan diri mereka:
“Nama ‘Islam Liberal’ menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, iaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. ‘Liberal’ di sini bermakna dua: kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keperluan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, iaitu ‘liberal’.
Daripada ini dapat ditafsirkan bahawa aliran Islam Liberal ini seperti menyandarkan diri kepada Islam, namun masa yang sama tidak mahu terikat dengan prinsip-prinsip Islam, atau bebas dari kekangan aqidah, ibadah, muamalat dan akhlak Islam.
Aliran ini seakan-akan menganggap Islam yang terkandung nas-nas al-Quran dan as-Sunnah adalah Islam terbelenggu, terikat dan tidak bebas. Maka mereka cuba membebaskan Islam dari sebarang keterikatan terhadap nas-nas syarak yang telah disepakati oleh para ulama’ muktabar.
SEKULAR...?PERANCANGANNYA...
Sekular atau dalam bahasa Arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa Arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi TETAPI sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.
Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah", sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah "al-'Ilmaniyyah" dengan tujuan mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan "hakikat" masing-masing.
(SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT)
Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah.
Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (kristian) dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama kritian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (-ia berpunca dari perancangan yahudi-) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama kristian yang sedia ada. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama kristian hanya pada nama tidak pada pengamalan agama.
Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut faham sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.
Apabila fahaman sekularisme ingin dipindakan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama (Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama bukannya satu perkara yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya).
Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.
Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah Al-Imran
ayat 19.
Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama kristian dan percubaan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t, ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya.
Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan politik suku agama suku tetapi dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi.
Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya : "adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya".
(CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME)
Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakan melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.
(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN)
Antaranya ialah :
1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral.
i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak dibantu lansung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme.
ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam "ketidaksedaran" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama.
Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan ilmu agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam.
2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-orang barat sendiri.
3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam.
4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa Arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.
5. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan :
i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara 2 jantina, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat dan juga Amerika Syarikat.
ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh anak tikus dan memakannnya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu. Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya masalah sosial yang berlaku.
(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA)
Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang.
Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya.
(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG)
Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari "kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir "pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika penjajahan Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-undang Perancis secara khususnya.
Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kawin (ahwal al-Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.
Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.
Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata :
"sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil". Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
(P/S : artikel ini dipetik dan diubah suai dari buku "Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu'asharah" karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, Pensyarah Jabatan Akidah Dan Falsafah, Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir).
Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi
Freemason lagi
Pergerakan Freemason di Malaysia dan penyertaan umat Islam, Fatwa patut dikeluarkan
Sejarah awal Freemason dan matlamat pergerakan Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib. Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini http://ms.wikipedia .org/wiki/ Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di http://www.harunyah ya.com/globalfre emasonry_ introduction. php (buku boleh juga di download di link ini). Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem. Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene. Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. Maka berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa. (rujuk: www.Islamonline. net ). Aktiviti ritual dan kerahsiaannya Apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimanakah ritual-ritual mereka menjadi satu kerahsiaan yang amat kuat, sehinggakan semasa perjumpaan dijalankan pekerja-pekerja biasa dirumah pergerakan tidak dibenarkan melihat dan semua pintu dan tingkap ditutup rapat. Ada pendapat yang mengaitkan ritual-ritual mereka bersumberkan amalan kono Yahudi. Namun begitu, pada masa sekarang ini terdapat banyak amalan ritual mereka ini yang telah tersebar luas di dalam youtube, para pembaca boleh lawati contoh di link ini:http://www.youtube. com/watch? v=HyuhhH2g5lY dan banyak lagi link video di bawah yang membincangkan tentang apa itu sebenarnya freemason. Adakah pergerakan ini mengamal ritual-ritual sulit yang bertentang dengan agama Islam, maupun agama lain (ini kerana sejak dari dahulu, pihak Gereja Kristian juga amat menentang pergerakan ini)? Walau apapun berdasarkan maklumat yang ada, kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Agama Islam Malaysia hendaklah menjalankan risikan dan siasatan terperinci tentang aktiviti mereka ini, bukan sahaja dari segi ritual tetapi lebih penting matlamat pergerakan ini. Bolehkah Ummat Islam di Malaysia menyertai Freemason? PEWARIS MALAYSIA amat percaya bahawa freemason mempunyai ritual amalan dan bermatlamat bertentangan dengan Agama Islam, terlalu banyk komen-komen dan dokumentari negetif mengenai freemason yang secara jelas bertentangan dengan Agama Suci Agama Islam, antaranya kita boleh lihat di link video rencana di bawah; Seorang Ulama’ yang prominen, Sheikh Ahmad Kutty (pensyarah kanan dan ilmuan Islam di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada) mengatakan: “As far as I know, Freemasonry is a secret organization whose beliefs and practices are totally kept confidential except from those who are initiated into it. They have levels of secrets which are not divulged to those who are at lower levels. A Muslim should never fall prey or give allegiance to something which cannot be scrutinized by the firm criteria of the Qur’an and the Sunnah. Whoever joins Freemasonry is like a person who writes a blank check; by doing so he agrees to give allegiance blindly to an authority to comply with their wishes no matter what they are. No Muslim can surrender his will unconditionally to anyone but Allah. If anyone has done so, he is guilty of the most blatant violation namely shirk (associating partners with Allah). Allah says: “Do they have partners beside Allah who shall prescribe for them rituals that Allah has not sanctioned.” (Ash-Shura: 21)” Delving into the core of Freemasonry and its nature, we would like also to cite the following: “The Society of Freemasons is a secret organization with aims which are never officially declared in public. It engulfs itself with a thick curtain of secrecy to the extent that any new recruit gives a most solemn oath not to reveal its secrets. He is made fully aware that he reveals these secrets at peril to his life. Admission to the society is not open to everyone. In fact, the Society of Freemasons recruits its members after careful study of their characters and positions. It also tries hard to enlist in its membership kings, presidents, ministers, leading politicians and highly influential people. Such people are given honorary membership that keeps them at the periphery of the society, which means that they do not share in its decision making and they are not let into its secrets. Only those who are prepared to work with dedication for the aims of the society are made aware of these secrets. This, too, after they have passed certain tests and been promoted from one degree to another in the hierarchy of the society. What attracts people to join the Freemasonry is the assurance of mutual help which its members pledge themselves to give on joining. A Freemason is expected to give unlimited support to other members of the society. Members have certain signs by which they come to know each other, such as the way they shake hands with other people and certain additions in their signatures on letters, etc. In countries where Freemasonry is well established, this can be of great advantage to any member who shows dedication to the cause. A number of people have written about the secret aims of the Society of Freemasons. These were largely ex-members who left the society after finding that they could not reconcile themselves to its aims and purposes. The majority of these cases were in countries where the society was not able to promote itself well, which, in turn, limited its membership. This forced it to promote certain members to higher degrees, which enabled them to know more of the secrets of the society. Through such people we know that the society has a very strict hierarchy that keeps members at a low degree until they have passed a very severe test of loyalty and dedication. We also know that the society serves the aims of world Jewry and derives its name from that particular purpose. A “mason” is a builder, and the Society of Freemasons aims to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after destroying Al-Aqsa Mosque because the Jews allege that the mosque has been built on the site of the destroyed temple. Everything that furthers the interest of the Jews and promotes their position in the world is undertaken by the society. The cover of absolute secrecy and its strict hierarchy enables it to make use of the positions and influence of its non-Jewish members to serve the Jewish cause. We have to understand that many of its members work for the society trusting that they only serve the causes of liberty, equality and justice. They remain unaware that they simply serve the cause of giving the Jews supremacy in world affairs. Freemasonry has over the years earned itself a number of enemies, most notably the Catholic Church. In view of all this, there is no doubt that if a Muslim joins the Society of Freemasons, he contravenes the teachings of Islam. The aims, policy and practices of this society are against the principles of Islam and violate its laws. For example, Islam believes in maintaining justice among all people, regardless of race, color, family, position or creed. A Muslim must be fair to all people. Islam forbids favoritism, nepotism and discrimination on any basis. Freemasons favor one another on the basis of membership of their society. Islam respects other religions. Freemasonry deceives its members into thinking that they further the cause of a better humanity when they are actually furthering the interests of those who seek to give the Jews supremacy over all peoples of the world. Islam is the final message from Allah to man. It is the religion that supercedes all past divine messages, including Judaism. Freemasonry seeks to destroy Al-Aqsa Mosque in order to rebuild the Temple of Solomon in its place. How can a Muslim, then, join such a society? Islam believes in open methods and declared aims and orders its followers to be always truthful and to follow a straight path. Freemasonry shrouds itself in secrecy to cover its wicked practices. If its aims were truly to promote a better humanity, it would have come out into the open and declared its aims and policies. Only evil cloaks itself in secrecy because it wants to hide its repugnant nature.” (sumber link: http://www.islamonl ine.net/servlet/ Satellite? cid=111950354728 8&pagename=IslamOnlin e-English- Ask_Scholar% 2FFatwaE% 2FFatwaEAskTheSc holar ) Terdapat banyak lagi pendapat para ulama’ yang mengharamkan orang Islam menyertai freemason atas alasan bertentangan dengan ajaran Islam dan aqidah umat Islam. Namun begitu jangan terpedaya terdapat juga orang-orang yang kononnya ‘bergerak ilmuan Islam’ menghalalkan penyertaan ummat Islam di dalam pergerakan ini, sebagai contoh sebuah artikel bertajuk ‘Islam and Freemasonry’ oleh W.Bro. Shaikh Hatim Fidahussein Nakhoda PM, link:http://www.freemaso ns-freemasonry. com/islam_ freemasonry. html Freemason di Malaysia dan rantau Asia Tenggara Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO. Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya. DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini: Singapura: 3 loji Kuala Lumpur: 3 loji Pulau Pinang: 1 loji lpoh: 1 loji Kuantan: 1 loji Kuching: 2 loji port Dickson: 1 loji Port Klang: 1 loji Taiping: 1 loji Kota Kinabalu: 1 loji Bangkok: 3 loji Pattaya: 1 loji Sumber: wikipedia Kalau diperhatikan hanya negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang tidak mempunyai cawangan Freemason. PEWARIS MALAYSIA agak khuatir dengan kukuhnya pergerakan ini bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Bahkan terdapat laporan bahawa terdapat juga orang-orang Islam atau Melayu menyertai pergerakan ini secara aktif atau sulit. Bahkan masa ini ada juga laporan kalangan ahlinya yang beragama Islam daripada golongan ternama, professional dan pemimpin. Maka kita dapat melihat pembawakan isu-isu terkini semasa samaada secara kebetulan atau dirancang, bertepatan dengan matlamat dan ideology pergerakan ini, sebagai contoh hak persamaan antara Agama, dialog antara Agama, hak persamaan kaum dan banyak lagi. PEWARIS MALAYSIA khuatir dan berprasangka buruk bahawa isu-isu ini dirancang secara sulit atau digerakkan secara sulit oleh pergerakan ini ataupun pergerakan yang berhubungkait dengan mereka bagi mengucar kacirkan keamanan Negara. Kerajaan dan Majlis Fatwa harus mengkaji dan mengeluarkan Fatwa bahawa umat Islam di Malaysia tidak boleh menyertai freemason atau terus mengharamkan pergerakan ini Pergerakan freemason telah pun diharamkan dinegara lain seperti Saudi Arabia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan banyak lagi termasuklah Negara bukan bermajoriti umat Islam. Di Iraq seawall sebelum presiden Saddam Hussein lagi pergerakan ini telah diharamkan, namun semenjak Iraq diceroboh oleh tentera Amerika, freemason telah bertapak kembali dibawa masuk oleh Amerika di bawah naungan Grand Lodge dari Amerika. Maka PEWARIS MALAYSIA mendesak:- Kalaulah isu Yoga yang sesetengah pihak anggap kecil (PEWARIS MALAYSIA: sentiasa menyokong penuh FATWA tersebut kerana melibatkan isu Aqidah) boleh dokeluarkan Fatwa, isu mengenai pergerakan ini telah lama sepatutnya ditangani dengan sepatutnya kerana ianya pada pendapat PEWARIS MALAYSIA bukan sahaja menyentuh isu aqidah tetapi lebih daripada itu, yang mana melibatkan perancangan sulit pihak zionis. Sebagai penutup PEWARIS MALAYSIA amat berharap gesaan ini diambil perhatian penuh oleh pihak-pihak berkenaan. (dipetik dari http://www.muamalah.com/v2.2/?p=11 )Artikel ini ditulis bagi mendesak pihak kerajaan membuat penilaian dan mengkaji semula kebenaran pergerakan Freemason di Malaysia dan juga jika perlu Majlis Fatwa Kebangsaan menyeluarkan fatwa menyenai penyertaan kaum muslim terutamanya bangsa Melayu di Malaysia menyertai pergerakan ini.
Pergerakan ini konon tidak membenarkan perbincangan mengenai hal agama dan plolitik dibawa kedalam setiap perjumpaannya di ‘Lodge Manson’nya (rumah pergerakan), kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung (sumber: wikipedia).
Pendapat-pendapat golongan ini dibuat demi kepentingan mereka sebagai ahli freemason!


